ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Solat hajat di Masjid Negara di sini, dihadiri lebih
5,000 jemaah bagi memohon keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara.
Solat hajat selepas solat Jumaat itu dipimpin Imam Besar Masjid Negara,
Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Ditemui pemberita selepas itu, Syaikh Ismail mengajak rakyat Malaysia
tanpa mengira latar belakang kaum dan agama supaya sepakat
mempertahankan kedaulatan negara.
Beliau juga meminta rakyat terus bersatu menghadapi cabaran mendatang.
"Jika kemakmuran tidak dibentuk, ia memberi kesan tidak baik terhadap
kemajuan negara. "Kita mohon doa perlindungan bukan untuk rakyat di luar
(Korea Utara) saja, tetapi kita doakan juga negara ini dijauhi perkara
tidak baik.
"Sebagai umat Islam, solat hajat ini adalah antara usaha kita memohon
perlindungan supaya rakyat dan negara ini selamat serta diredai,"
katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meminta masjid di
seluruh negara mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan
rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan