ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Mesyuarat jawatankuasa fatwa Perlis memutuskan bahawa fakir
miskin bukan Muslim di negeri itu kini dibenarkan menerima zakat.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan pejabat mufti Perlis, Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin, ia menyatakan bahawa zakat kepada golongan itu
diberikan di bawah asnaf 'muallafah qulubuhum'.
"Zakat kepada bukan Muslim di bawah Asnaf 'muallafah qulubuhum'
(golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap
Islam) boleh diberikan ke atas kemaslahatan yang ditentukan oleh ulil
amri.
"Ia seperti yang dilakukan oleh Rasullah SAW kepada golongan yang bukan
Muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar kaum mereka, seperti yang
tercatat dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih," kata kenyataan pejabat
mufti itu.
Salinan kenyataan itu juga telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Mohd Asri.
Zakat adalah jumlah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh umat
Islam untuk diberikan kepada golongan berhak menerimanya menurut
ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariah.
Lapan golongan orang Islam yang berhak menerima zakat adalah fakir,
miskin, hamba sahaya, mualaf, fisabilillah (pejuang di jalan Allah),
Gharim (orang yang memiliki banyak hutang), Ibnu Sabil (musyafir dan
para pelajar perantauan) dan amil zakat (panitia penerima dan pengelola
dana zakat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan