Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: Umno Selangor menjangkakan penyatuan Pakatan Harapan (PH)
dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menambah kecelaruan dalam
pakatan pembangkang khususnya isu agihan kerusi.
Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Johan Abdul
Aziz, soal pembahagian kerusi sesama mereka akan menjadi ujian paling
getir untuk gagasan itu kelak.
"Pertamanya kompromi dalam menentukan soal kerusi, siapa yang nak berkorban kerusi?
"Ketidakpuasan hati dan pertelingkahan tentang kerusi.
"Siapa nak beri kerusi? Jumlah kerusi berapa? Saya rasa persefahaman
itu (susah dicapai)," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Hari ini, PH sebulat suara menerima PPBM menjadi rakan komponen baru
mereka, selain bersetuju mengadakan logo baru dan mengemaskini
manisfestonya sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tertutup Majlis Presiden PH di Parlimen.
Johan berkata bukan soal agihan kerusi sahaja, malah siapa yang akan
mengemudi pakatan pembangkang juga akan mencetuskan perbalahan dalam
gagasan itu.
"Dari segi pemilihan jawatan presidennya siapa? (Sepatutnya)
presidennya itulah yang akan jadi perdana menteri, itu pun rakyat akan
tertanya-tanya juga.
"Rakyat mesti nak tahu siapa jadi perdana menteri, itu jadi satu cabaran kepada mereka untuk memilih presiden," katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga adli baru DAP
sebelum ini mencetuskan polemik apabila menggelarkan Pengerusi PPBM, Tun
Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin de facto baru pembangkang.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilabel sebagai
pemimpin de facto pembangkang, namun ujar Zaid kuasa Anwar semakin
terhad sementelah beliau kini dipenjarakan selepas disabit kesalahan
sodomi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan