shahbudindotcom
Malam
tadi, Tun Mahathir Mohamad mengadakan program ceramah di Johor Bahru
dan melalui gambar-gambar yang bertebaran di media sosial, terbukti
bahawa kedatangan beliau mendapat sambutan hangat daripada orang-orang
Johor.
Di
sebalik adanya laporan polis yang dibuat oleh beberapa NGO yang cuba
menghalang kedatangan bekas Perdana Menteri itu, bukan saja Tun Mahathir
yang tidak rasa terganggu, bahkan orang-orang Johor sendiri menjadi
lebih bersemangat untuk menghadirinya.
Nanpaknya laporan polis itu tidak ubah seperti "promosi percuma" kepada kedatangan Tun Mahathir.
Dari
sudut yang lain, kita juga tentunya hairan dan tertanya-tanya bagaimana
NGO-NGO tersebut boleh cuba menghalang kedatangannya kerana Tun
Mahathir adalah seorang negarawan, selain Bersatu yang dipengerusikannya
adalah sebuah parti politik yang sah di sisi undang-undang.
Pagi ini pula, Tun Mahathir meluangkan masa meninjau-ninjau sekitar Forest City yang kerapkali dibangkitkannya sebelum ini.
Dalam
usia sepertinya, beliau boleh saja memilih untuk berehat dan menikmati
kehidupan tenang bersama keluaga dan anak cucu, tetapi demi sayangkan
kepada bangsa dan negara, beliau sanggup mengenepikan semua keselesaan
itu dan memilih untuk terus berjuang selagi hayat dikandung badan.
Memang Tun Mahathir seorang yang hebat....
Gambar-gambar di atas membuktikan kata-katanya selama ini adalah benar belaka dan menolak seratus-peratus kenyataan Najib bahawa pembangunan di Forest City hanya pajakan selama 99 tahun.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan