Jufazli berkata polis sedang menyiasat status Facebook dia berkaitan Ketua Menteri Sabah Musa Aman.
PETALING
JAYA: Aktivis Jufazli Shi Ahmad, yang mahu mencabar Ketua Menteri Sabah
Datuk Musa Aman pada pilihan raya negeri akan datang, berkata beliau
menerima panggilan daripada polis hari ini berikutan satu kes baru.
“Saya tidak takut,” katanya mengenai kemungkinan ditangkap dan telefon bimbitnya dirampas pada hari itu.
Dia percaya penyokongnya dan rakyat Sabah bersamanya dalam kritikannya terhadap Musa dan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).
Jufazli berkata pegawai yang sama pernah menghubunginya bulan lepas untuk membuat temujanji berhubung siasatan status Facebook.
Beliau berkata status itu tersebar luas dan menambah beliau terkejut dengan arahan baharu polis.
Katanya berdasarkan nasihat peguamnya, polis perlu menjalankan siasatan sebelum membuat penangkapan jika bukti salah laku ditemui.
Pada 10 Januari, Jufazli memberitahu FMT, di sebuah restoran di Sandakan 3 lelaki mendekatinya dan mengancam sesuatu buruk akan menimpa dirinya jika dia terus bercakap tentang VIP tertentu, .
Pada Disember tahun lepas, dia mengumumkan akan bertanding untuk kerusi DUN Sibuga, yang kini dipegang Musa.
Pada 9 November, dia ditahan di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur dan disiasat atas kesalahan fitnah, hasutan dan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Dia ditahan sehingga 15 November.
Jufazli berkata dia tidak didakwa walaupun dikurung di Balai Polis Jinjang di Kuala Lumpur dan Balai Polis Tawau di Sabah.
Aktivis dari Semporna itu seorang pengkritik kerajaan Sabah, terutama dengan kes rasuah baru-baru ini yang melibatkan jabatan air negeri itu.
Seorang bekas pengarah jabatan dan 2 yang lain didakwa atas kes pengubahan wang haram melibatkan sejumlah RM61.48 juta.
Kes akan bermula pada 4 Julai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan