Keputusan untuk tidak akan bertindak sekarang terhadap mana-mana ahli politik menimbulkan curiga adakan SPRM menerima rasuah
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membantu membersihkan imej Perdana Menteri Najib Razak yang terpalit dengan dakwaan rasuah, kata Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.
Jelasnya keputusan menangguhkan tindakan perasuah di kalangan ahli politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menunjukkan badan bebas itu tidak mempunyai integriti sebaliknya cuba menyelamatkan kes rasuah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
“Apa yang SPRM lakukan sekarang dilihat tidak lebih untuk nak tunjuk bahawa kerajaan PM Najib bersungguh-sungguh memerangi najis rasuah sedangkan hakikatnya apabila membabitkan kes berprofil tinggi yang membabitkan pimpinan politik Umno Barisan Nasional (BN) boleh pula SPRM menangguhkan hingga selepas PRU ke 14 nanti kerana takut imej PM Najib dan Umno BN makin tercalar dengan jenayah najis rasuah.
“SPRM sebenarnya sedang dilihat membantu untuk membersih imej PM Najib dan Umno yang sedang terpalit dengan najis rasuah,” katanya menerusi kenyataan media.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad baru-baru ini berkata pihaknya telah membuat ketetapan tidak akan bertindak sekarang terhadap mana-mana ahli politik.
Justeru itu Mahfuz menyifatkan keputusan itu jelas mengundang curiga di kalangan raktyat terhadap ketelusan SPRM kerana tiada jaminan tindakan yang tegas akan diambil kepada ahli politik yang mengamalkan rasuah.
“Apa jaminan selepas PRU ke 14 nanti SPRM akan mengambil tindakan jika Umno kekal berkuasa,” tambahnya.
Beliau juga mendakwa SPRM seolah-olah membayangkan menerima suapan kerana membiarkan pesalah rasuah di kalangan ahli politik.
“Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM memberikan suatu gambaran seolah-olah ini adalah prosudur SPRM ke atas pesalah rasuah.
“Tidak salah jika rakyat mengandaikan yang SPRM khususnya Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad telah “dirasuah” oleh parti politik pemerintah,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan