KUALA LUMPUR – Pembatalan sistem Pemantauan Manasik
Bersepadu (IMAMS) adalah langkah tepat, demikian menurut Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib yang masih dalam lawatan kerja ke Bahrain mengakui
tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem itu yang dibuat oleh
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan semalam.
“Saya tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem IMAMS untuk urusan visa umrah.
“Pengumuman yang pelaksanaannya dibatalkan adalah tepat,” katanya dalam satu posting di twitter hari ini.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hari ini membuat pengumuman bahawa sistem tersebut dibatalkan.
Menurut Ketua Setiusaha kementeriannya, Datuk Rashidi
Abdullah, langkah tersebut diambil selepas membuat pertimbangan hasil
pandangan semua pihak termasuk rakyat dan pemain
industri.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan