ISMA WEB
REMBAU
– Kehilangan buku latihan dan nota dalam satu kebakaran di asrama perempuan
Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) pada September lalu, kira-kira dua minggu
sebelum menduduki kertas peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), tidak
mematahkan semangatnya.
Hasil
usaha gigih, Siti Nabilah Hamzah menggenggam keputusan 7A daripada 11 subjek
yang diambil, sambil berkata, kejadian yang berlaku dianggap sebagai ketentuan
Ilahi.
“Kami
hilang buku teks Tingkatan Satu dan Dua, nota-nota dulu yang sudah dibuat, buku
latihan semua terbakar.
“Seminggu
sebelum bermula PT3, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman telah
memberi wang sebanyak RM350 kepada setiap pelajar dan pada masa itu kami telah
menggunakan duit tersebut untuk membeli buku rujukan tambahan selain meminta
kepada cikgu kalau ada nota yang lepas untuk dibuat balik,” katanya kepada
pemberita di sini, hari ini.
Dia,
yang merupakan anak bongsu dari tujuh adik-beradik, berkata kejadian kebakaran
tersebut membuatkannya seakan trauma sewaktu menjawab kertas PT3.
“Mula-mula
memang sangat trauma, paling teruk sehari selepas kejadian dan untuk memulihkan
kemabali semangat, saya mengambil masa seminggu. Ketika saya menjawab
peperiksaaan masih tergiang-ngiang di fikiran mengenai kejadian tersebut.
“Ketika
di dalam dewan peperiksaan saya duduk di sebelah pintu, bila saya terpandang
asrama baru saya masih teringat kenangan di asrama lama,” katanya.
ementara
itu, seorang lagi pelajar, Siti Muna Izzah Kamaruddin berkata ibu bapa,
guru-guru dan rakan-rakan adalah antara yang tak putus-putus memberikannya
semangat untuk menghadapi peperiksaan PT3.
“Mak
ayah memberi semangat, sokongan dan dorongan supaya saya kuat. Ketika itu juga,
guru-guru sentiasa tabahkan kami. Kawan-kawan dari institusi lain juga turut
memberi semangat.
Mak
berpesan supaya sentiasa kuat, belajar biar apapun berlaku, sudah lepas biar
lepas jangan diingat, jika nota yang hilang boleh buat dan ada masa untuk
buat,” katanya yang memperoleh keputusan 6A.
Dalam
kejadian pada 28 September lepas, kira-kira pukul 1.40 pagi, asrama perempuan
di Kampung Nerasau, Kota dekat sini, musnah terbakar, namun semua 37 pelajar
berusia 13 hingga 17 tahun berjaya menyelamatkan diri.
Sementara
itu, seramai 71 calon yang menduduki PT3 di STIAS, dan daripada jumlah tersebut
seramai lapan pelajar memperoleh 7A, 10 pelajar memperoleh 6A dan 15 pelajar
memperoleh 5A manakala ramai berada dalam kelompok yang memperoleh lain-lain
gred. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan