KUALA LUMPUR – Kerajaan harus mencari jalan lain dalam
menangani kemasukan etnik Rohingya di negara ini daripada terus menjadi
platform untuk kaum minoriti Myanmar itu untuk terus berlabuh di negara
ini.
Bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, program Makmal Kemanusiaan 1.0 Isu Pelarian Rohing di Malaysia umpamanya harus menjadi wadah kerajaan dalam mencari kaedah-kaedah terbaru dalam menyelesaikan masalah yang menghimpit etnik Rohingya selain isu diplomatik.
“Tujuan makmal ini adalah untuk melihat bagaimana nak tangani masalah masyarakat Rohingya yang ada disini. Ia bukan satu paltform untuk kita menggalakkan kedatangan orang Rohingya daripada tempat lain ke sini.
“Dalam proses itu kita akan ada pembelaan terhadap mereka, dan kita dapat menganalisa kerana fakta mengenai masyarakat Rohingya, jadi kita kena analisa fakta yang benar dan mana yang tidak,” katanya dalam ucaptama perasmian Makmal Kemanusiaan Rohingya 1.0, hari ini.
Malaysia tambah Syed Hamid adalah antara negara prihatin terhadap isu yang menimpa etnik Rohingya.
Justeru katanya, kerajaan perlu menggubal dasar terbaharu dalam membantu negara-negara transit seperti Bangladesh bagi membendung budaya ‘pembersihan etnik’ yang dilakukan Myanmar.
“Malaysia kita buat banyak benda tapi orang tidak puji kita, orang hentam kita lagi ada. Walaupun kita tidak tandatangan Konvensyen 1951 dan 1961, tapi kita telah buat banyak perkara positif yang konsisten dengan sifat kemanusian dan nilai hidup.
“Kalau perkara ini tidak terancang, kita tidak akan dapat gunakan, jadi ia akan menjadi masalah sosial, masalah jenayah dalam negara kita, ini tidak guna langsung,” katanya lagi.
Untuk rekod, sejumlah 62,153 etnik Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Misi Kemanusiaan-Negaraku Prihatin bagi membantu pelarian etnik Rohingya di Bangladesh yang melarikan diri daripada penindasan di Myanmar.
Bantuan makanan dan keperluan seberat 12 tan itu, antaranya lampin pakai buang, tuala, beras dan biskut dihantar ke Chittagong dengan dua pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara TUDM Subang. -MalaysiaGazette.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan