NAK mudahkan cerita,
saya kata macam inilah: Kalau parti-parti pembangkang, khususnya Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), “kuchalana” tak perlulah bapak-bapak kepala
Umno/Barisan Nasional terus terdesak dan membuat kenyataan yang menyakitkan
hari rakyat jelata.
Maksud saya macam Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak menggunakan makian "kepala bapak kau" terhadap pembangkang.
Tapi
kalau mereka nak
buat juga, teruskanlah. Manalah tahu mulut celupar mereka itu baik untuk
pembangkang. Dan yang pasti media massa arus perdana macam Utusan akan
tolong nafikan bagi pihak mereka apabila mereka kena hentam.
Apa yang jelas adalah maki hamun dan cacian mereka berterusan. Semakin terdesak semakin kerap dan keras caci maki mereka.
Apa yang jelas adalah maki hamun dan cacian mereka berterusan. Semakin terdesak semakin kerap dan keras caci maki mereka.
Yang terbaru adalah
leteran Adnan Mansor bahawa Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM)
ditubuhkan bagi menampung pelajar Melayu/Bumiputera yang lembab (slow learners).
Kalau pembangkang
kacau-bilau, huru-hara, caca-marba maka yang seelok-eloknya dibuat oleh bapak-bapak
kepala Umno/BN adalah relaks. Mengapa harus gila-gilaan bikin kepala pusing pak?
Guna sajalah duit rakyat
jelata dan pembayar cukai yang beratus bilion ringgit yang dipungut melalui GST
itu untuk beli undi. Bukankah itu yang akan dilakukan sebaik saja Belanjawan 2018 lulus di Parlimen?
Tak payahlah maki hamun rakyat
jelata serta perkecilkan pelajar dan lulusan UiTM semata-mata kerana ada
siswazah yang dibiayai kerajaan tidak bersetuju dengan Umno.
Mereka
sudah cukup derita. Ramai tak ada kerja dan bagi yang bekerja pula
mereka kena VSS dan MSS kerana ekonomi lembap. Lembap ini betul.
Ekonomi lembap dan pertumbuhan tidak berkualiti. Kalau berminat boleh baca DI SINI.
Ekonomi lembap dan pertumbuhan tidak berkualiti. Kalau berminat boleh baca DI SINI.
Sebagai penjelasan, saya
sengaja guna pakai istilah Indonesia “bapak kepala” bagi merujuk kepada
ketua-ketua Umno/BN kerana saya hendak bezakannya dengan istilah “kepala
bapak” yang Najib gunakan ke atas pembangkang baru-baru ini.
Lagi pun, pada
akhir-akhir ini bapak-bapak kepala Umno/BN sangat bangga dengan asal usul mereka
dari Indonesia - sama ada Bugis seperti Najib, Jawa (Ahmad Zahid Hamidi) dan
Aceh (Adnan Mansor). Jadi bagus kalau sekali-sekala kita ngomong bahasa Indonesia.
Saya tidak mahu bercerita
panjang tentang bebelan Adnan Mansor mengenai pelajar Melayu/Bumiputera yang
dituduhnya benci kepada Umno tanpa sebab. Kalau berminat boleh baca DI SINI.
Kalau pembangkang
kuchalana (loghat Kelantan), bapak-bapak kepala Umno/BN relaks sajalah dan,
kalau mahu, boleh kembali berfoya-foya macam Adnan Mansor sebelum bertemu
“hidayah” Umno.
Hujung tahun semakin
dekat. Krismas dan tahun baru akan menjelang.
Macam yang sudah jadi adat, Najib dan keluarga serta kroni dan “hangers-on” tentulah sedang merancang ke mana hendak pergi berfoya-foya.
Macam yang sudah jadi adat, Najib dan keluarga serta kroni dan “hangers-on” tentulah sedang merancang ke mana hendak pergi berfoya-foya.
Bukan Najib saja kerja
kuat dan berhak kepada percutian di luar negara. Para isteri pun berhak juga
kerana macam kata Najib, kejayaan pemimpin BN bergantung kepada peranan isteri.
Kalau berselera bolehlah baca DI SINI.
Bagi pelajar dan alumni
UiTM pula, saya rasa eloklah mereka rasionalisasikan kedudukan mereka.
![]() |
| Konvokasi UiTM: Kalau ikut Adnan Mansor graduan ini lembab |
Adakah mereka pelajar lembab yang masuk universiti semata-mata kerana ihsan atau mereka masuk universiti kerana mereka berhak, layak dan berwibawa?
Atau mereka adalah orang
bertongkat yang tidak akan sampai ke mana-mana tanpa bantuan kelas dedak daripada Umno.
Wallahuaklam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan