shahbudindotcom
Baru saja pada 22 Disember lalu, Najib Razak dan UMNO menganjurkan Himpunan Solidariti Palestine yang bukan saja untuk menunjukkan sokongan kepada perjuangan umat Islam di negara itu, tetapi juga bagi membantah cadangan Amerika Syarikat mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Meskipun
cadangan Amerika Syarikat itu masih tergantung dan belum menjadi
kenyataan, tetapi penolakan kita kepada Israel seharusnya berkekalan
sampai bila-bila.
Ini
kerana, Israel yang memusuhi, menindas dan membunuh umat Islam di
Palestine adalah musuh yang nyata bagi kita buat selama-lamanya.
Lebih
daripada itu, negara kita juga tidak mempunyai sebarang hubungan
diplomatik dengan Israel dan pergerakan rakyat kedua-dua negara tersekat
dengan sendirinya.
Namun, apa yang berlaku kini tentu saja memeranjatkan kita semua.
Dilaporkan
sekumpulan diplomat Israel telah berkunjung ke Malaysia baru-baru ini,
di sebalik Kuala Lumpur dan Tel Aviv tidak mempunyai sebarang hubungan
diplomatik.
Jurucakap
Kementerian Luar Israel, Immanuel Nahshon mengesahkan kehadiran itu
dengan mengatakan para diplomat itu hadir untuk menyertai persidangan
berkaitan penempatan manusia yang berlangsung selama seminggu di Kuala
Lumpur.
Para
diplomat Israel yang diketuai oleh David Roet, bekas Timbalan Duta
Israel ke PBB itu juga dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan
pegawai-pegawai dari Malaysia.
Menulis
di laman Twitternya kemudian, Roet menyifatkan kunjungannya ke Malaysia
sebagai pengalaman yang unik dan melahirkan harapan besar tentang
hubungan kedua-dua negara di masa depan.
Apa sudah jadi dengan perkembangan terbaru ini?
Apakah Malaysia mahu berbaik-baik dan bakal mengiktiraf Israel pada masa depan?
Tidakkah
kehadiran diplomat Israel ini telah mengguris hati rakyat Palestine dan
memberi erti penentangan kita kepada Israel bagaikan tidak bermakna
lagi?
Dalam
pada itu, jika kita masih ingat, Malaysia pernah menghalang kemasukan
dua ahli sukan Israel ke negara ini untuk menyertai Kejohanan Layar
Belia Sedunia dengan tidak mengeluarkan visa kepada mereka.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan