BAHAGIAN PERTAMA
Bergabung dengan Umno?
Soalan pertama tentang kalau PAS menang,
bergabung dengan Umno? Umno belum tentu menang atau kalah. Untuk
menentukan bergabung atau tidak, nanti lepas pilihan raya. Dan PAS ada
dasar, matlamat perjuangan dia, dan PAS tidak berganjak dengan
perjuangan.
PAS pernah bekerjasama dengan Umno tahun
1973 selepas 13 Mei. Kita ada sejarah. Tujuan untuk meredakan
ketegangan kaum. Bila PAS diajak menyertai kerajaan di masa itu, PAS
mengemukakan lapan syarat. Lapan syarat. Yang pertama, di samping
kebebasan beragama terhadap penganut agama lain, PAS mesti dibenarkan
dibebas berdakwah di Kementerian-kementerian dan Institusi Pengajian
Tinggi.
Yang kedua kerajaan mesti melaksanakan
Islam secara berperingkat. Yang ketiga PAS tidak terikat dengan disiplin
Perikatan. PAS boleh bangkang kerajaan, tak terikat dengan
disiplin-disiplin. Kerana dalam gabungan komponen Perikatan ini dia ada
disiplin, kalau bangkang dipecat daripada Perikatan. Kita tak terikat
dengan Perikatan. Ini 1973.
1974, dibentuk Barisan Nasional, tak ada
Perikatan. Maka PAS terikat dengan Barisan Nasional di masa itu.
Kejayaannya ialah kita telah berjaya memperkenalkan Islam.
Memperkenalkan syariat Islam, memperkenalkan undang-undang jenayah yang
dimomokkan. Menjelaskan syarat-syarat saksi dalam Islam apa dia. Yang
penting dalam Islam ialah bukan menjatuhkan hukuman, tetapi mendidik
masyarakat.
* (Teks
transkrip penuh dari jawapan Presiden PAS pada Dialog Presiden PAS
bersama NGO India, 4 Februari 2018 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas
disediakan oleh Pengarang HarakahDaily, IZWAN ABDUL HALIM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan