PULAU PINANG: Dua lagi individu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang
(HPP) di sini selepas meminum kopi yang dipercayai dicampur dadah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika
mengesahkan perkara itu berkata, dua lelaki itu ialah seorang warga
Bangladesh yang menerima rawatan Khamis lalu manakala seorang lagi warga
tempatan yang dimasukkan ke HPP kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin.
Menurut beliau, kedua-dua lelaki berkenaan bekerja sebagai pemandu dan
kelindan lori kepada sebuah syarikat perkhidmatan kutipan sampah di
sini.
“Peket kopi itu dijumpai warga Bangladesh berkenaan ketika memungut sampah sebelum memberikannya kepada rakannya.
“Kita telah menghubungi majikan kepada pekerja ini dan mengarahkan
mereka menyerahkan kopi yang diambil untuk siasatan lanjut,” katanya
dipetik Utusan Online.
Ditanya sama ada kopi yang diminum kedua-dua mangsa itu adalah sama
dalam kejadian sebelum ini, Anuar berkata, kopi itu adalah daripada
jenama sama namun berbeza perisa.
Minggu lalu lima individu menerima rawatan di HPP, selepas minum sejenis kopi campuran segera.
Video beberapa mangsa yang mengalami gejala lemah dan letih keterlaluan selepas minum kopi berkenaan viral di media sosial.
Kesemua mereka mendakwa mendapatkan kopi itu yang diedarkan secara
percuma oleh individu tidak dikenali termasuk yang didermakan di tokong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan