THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR : Kaum India
perlu merebut peluang membeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan
(RUMAWIP) memandangkan masih banyak yang belum terisi daripada 10
peratus kuota disediakan untuk kaum itu, kata Menteri Wilayah
Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan kaum itu
untuk memiliki rumah pertama yang lebih selesa di
sekitar Wilayah Persekutuan.
Katanya Yayasan Wilayah Persekutuan menyediakan pinjaman khas buat masyarakat India bagi meringankan beban mereka yang mempunyai kekangan kewangan dalam urusan pembelian rumah tersebut.
“Saya amat terkilan apabila ada pihak yang sanggup memfitnah dengan menyatakan segala usaha dan kemudahan yang kerajaan sediakan dalam membantu rakyat hanyalah satu penipuan.
“Kalau perlu, saya akan rayu kepada kerajaan supaya dapat menyediakan dana tambahan untuk membantu kaum India dalam pelbagai aspek khususnya bagi mendapatkan rumah,” katanya semasa merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan (Kenduri 1WP) Parlimen Titiwangsa, di sini, hari ini.
Acara yang turut disertai Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berlangsung meriah di Dewan Komuniti UMNO Taman Maluri di sini dengan dihadiri kira-kira 10,000 warga kota.
Tengku Adnan berkata Kenduri 1WP yang bermula hari ini akan diteruskan agar pemimpin dapat mendekati rakyat bagi mendengar permasalahan dan tangani isu-isu setempat dengan segera.
“Selain itu, kenduri yang diadakan secara bergotong-royong itu dilihat dapat meningkatkan semangat kerjasama serta memupuk keharmonian sesama masyarakat dan barisan pemimpin,” katanya.
Katanya, sebanyak 35 program telah disusun sepanjang bulan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan pengisian antaranya seperti aktiviti sukan, riadah, persembahan pentas dan pameran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan