Pengerusi Hisbah Centre For Reform (Hisbah) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, Hisbah tidak membisu dalam isu rasuah di Selangor.
Beliau berkata demikian berikutan banyak pihak yang mempersoalkan pendirian Hisbah berhubung isu berkenaan.
Kata Ezam, Hisbah tidak membisu dalam isu berkenaan tetapi sebaliknya ramai rakyat Malaysia yang buta dan gagal melihat peristiwa yang berlaku.
“Mereka buta melihat dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang jelas berlaku di depan mata mereka.
“Tidakkah mereka melihat proses siasatan berlaku pantas di negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang dan lembap dan sama sekali tidak berlaku kalau kesnya membabitkan Putrajaya?” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, prinsip yang sering ditekankan oleh Hisbah dan merupakan prinsip paling penting dalam menegakkaan keadilan adalah mempastikan proses pengadilan dari siasatan, dakwaan, tangkapan dan hukuman berjalan pantas dan telus.
Justeru tambah beliau, apabila ada dakwaan rasuah di Selangor, Hisbah tidak perlu melalak kerana jelas proses pengadilan akan berlaku pantas di Selangor.
“Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang, malah Hisbah mendapat maklumat, di Selangor tanpa dakwaan pun hampir setiap minggu dan bulan pasukan penyiasat menggeledah pejabat MB dan kerajaan negeri,” katanya.
Kata beliau lagi, yang menjadi kebimbangan Hisbah dan setiap warga Malaysia yang cerdik dan tidak buta adalah proses pengadilan yang tidak berlaku dalam kes-kes di pejabat PM dan di rumah PM di Putrajaya.
“Kita terus melalak kerana sehingga hari ini Shahrol, Jho Low, Nik Faizal, Riza Aziz dan lain-lain yang disebut secara khusus dalam laporan luar negara dan juga dalam negara seperti PAC tidak disiasat sama sekali.
“Apatah lagi mau didakwa dan dihukum,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan