PUTRAJAYA: Satu siasatan menyeluruh sedang dilakukan Kementerian
Kesihatan bersabit dakwaan susu tepung Dutch Baby untuk bayi berusia
enam hingga 12 bulan yang dipasarkan dalam negara adalah tiruan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, siasatan itu
termasuklah melihat kandungan susu berkenaan sama ada ia tiruan atau
sebaliknya.
“Jika ada perubahan pada kandungan susu tersebut, maka siasatan
selanjutnya akan diambil, perkara ini bukan sahaja melibatkan
kementerian tetapi juga pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita
selepas melancarkan Kospek@Activ di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan yang ditularkan berhubung susu tepung Dutch
Baby untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan sebagai susu tiruan.
Dalam laporan yang disebarkan itu mendakwa, susu daripada pek Dutch
Baby tiruan dilabel 102 manakala susu asli dilabel 101, dan perbezaan
lain yang ketara daripada segi warna serta perkataan ‘Calcium’ yang
dikatakan tulisannya berbeza.
Sementara itu, Dutch Lady, pengeluar susu Dutch Baby dalam satu
kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian
Kesihatan termasuk telah menghantar sampel ke makmal bagi menjalankan
ujian klinikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan