Mural
kilang baja yang dihasilkan bersempena Majlis Pelancaran Felda 2.0 di
Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. foto HAZROL ZAINAL,
BENTONG – Sesiapa sahaja yang mengunjungi Felda Lurah
Bilut, Pahang ketika ini akan terpaku dengan keindahan lukisan mural di
kilang baja yang terletak di situ.
Disebabkan ‘keunikannya’, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dijadualkan akan melawat dan berswafoto di hadapan kilang berkenaan
dalam kunjungannya ke sana.
Namun tidak ramai yang tahu, kerja-kerja melukis mural ini dihasilkan
oleh seorang pemuda berusia 33 tahun yang ‘mengerjakan’ kreativitinya
seorang diri selama hampir tiga minggu!
Dia yang dimaksudkan adalah Abdul Rashid Abdul Raman atau Acit, anak kelahiran Pulau Pinang.
Pemuda lulusan diploma dalam bidang multimedia dari KPTM Ipoh ini
pada asalnya hanya menjadikan lukisan mural dan graffiti sebagai ‘hobi
nakalnya’.
Siapa sangka, bekas pereka grafik itu kini menjadikan perkara tersebut sebagai kerjaya sepenuh masanya sejak tiga tahun lalu. Abdul
Rashid Abdul Raman pelukis mural kilang baja bersempena Majlis
Pelancaran Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang. foto IMRAN
FAKHRI
Menurut Acit, beliau bukan sahaja melukis di dalam negara tetapi
turut mendapat undangan hingga ke Singapura, Hong Kong dan Dubai.
Mengulas megenai mural di kilang baja tersebut, Acit berkata, ia bukan sekadar lukisan tetapi membawa maksud yang tersendiri.
“Tajuk lukisan itu adalah Penggerak. Ia mempunyai unsur ‘tenaga’.
Saya suka ketengahkan unsur-unsur ‘tenaga’ dalam karya-karya saya di
mana saya menggunakan warna-warna yang lebih ‘pop’ dan segar.
“Ada dua elemen dalam lukisan itu iaitu di sebelah kanan elemen
jentera dan di sebelah kiri elemen manusia. Ia mewakili wira-wira
peneroka yang bekerja keras dalam memastikan kejayaan Felda.
Dalam
konteks ini, saya mengangkat warga Felda Lurah Bilut, mereka bagi saya
adalah wira yang tidak didendang.
“Latar belakangnya pula mewakili gunung ganang dan Lembah Bilut yang suasananya sentiasa berkabus,” ujarnya. Sekumpulan
kanak-kanak bergambar berlatar belakangkan mural kilang baja sempena
Majlis Pelancaran Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. foto
HAZROL ZAINAL
Mengulas lanjut mengenai warna-warna yang digunakan, Acit berkata,
warna jingga mewakili Felda, sawit dan tanah manakala warna hijau
mewakili ‘nafas’, tanaman sawit dan hutan.
Acit turut berkongsi cabaran dan kesukarannya menyiapkan mural tersebut.
Katanya, pada mulanya dia mengsasarkan 10 hari sahaja untuk
menyiapkan lukisan itu namun ia ‘terlajak’ sehingga ke tiga minggu
kerana hujan turun dengan kerap ketika melukis mural berkenaan.
Lagipun, ujarnya, ia adalah zink dan permukaannya pula tidak rata.
“Proses nak kering pun mengambi masa, bila hujan saja warnanya habis
meleleh hingga perlu ‘touch up’ sana dan sini. Saya hanya menggunakan
semburan dan cat. Abdul
Rashid Abdul Raman bersama pelukis yang lain membuat lukisan mural
kilang baja bersempena Majlis Pelancaran Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut,
Bentong Pahang. foto IMRAN FAKHRI,
“Walaupun saya biasa dengan kerja-kerja menggunakan semburan ini
namun bila masuk saja penggunaan cat, masalah seperti yang saya sebutkan
tadi mula timbul,” tambah Acit.
Mengenai bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan yang mahukan kerja
seninya, Acit berkata, ia agak sukar untuk ditentukan kerana perlu
mengambil kira faktor saiz dan perincian lukisan yang dimahukan.
Namun katanya, biasanya beliau mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM60 untuk satu kaki persegi.
Acit boleh dihubungi melalui emel studio@rashade.com dan mereka yang
berminat boleh melayari laman sesawangnya di www.abdulrashade.com. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan