
KEPALA BATAS – Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man akan direhatkan daripada bertanding pada PRU14, namun masih setia bersama dengan parti itu.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohamad Fauzi Yusuff berkata, keputusan itu adalah bagi memberi ruang kepada muka baharu untuk diketengahkan di satu-satunya kerusi Dun milik Pas di negeri ini.

“Pas akan merehatkan beliau pada PRU14, amalan kita adalah serah nama yang akan dicalonkan kepada Majlis Syura, nama beliau memang kita tak serah. Kita mahu muka baharu yang mewakili Pas,” katanya, selepas program Dialog Pas bersama NGO India, yang dihadiri Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam.
Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada Majlis Syura Ulama yang menjadi kata pemutus dalam pemilihan calon Pas untuk PRU14.
“Hasrat kita adalah membawa suara Islam ke Dewan Undangan Negeri, agenda itu akan diteruskan oleh orang lain,” katanya.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan