dPelarian Rohingya diselamatkan di perairan Langkawi kira-kira jam 9 pagi tadi oleh pihak berkuasa Malaysia. Pic Maritim Malaysia.
ALOR SETAR – Seramai 56 orang pelarian Rohingya diselamatkan
di perairan Langkawi kira-kira jam 9 pagi tadi oleh pihak berkuasa
Malaysia dan mereka kini diberikan bantuan makanan dan perubatan. Pelarian Rohingya diselamatkan di perairan Langkawi kira-kira jam 9 pagi tadi oleh pihak berkuasa Malaysia. Pic Maritim Malaysia
Bot pelarian ditemui kira 0.1 batu nautika Pulau Nyior Setali hasil
rondaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja
Malaysia.
Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali
b. Mohd Said berkata, terdapat 19 lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa,
12 kanak-kanak perempuan, dan 8 kanak-kanak lelaki berada di atas bot
berkenaan.
Bantuan awal seperti makanan, minuman serta perubatan yang diperlukan diberikan kepada pelarian yang berada atas bot tersebut.
Bot tersebut kemudiaan dibawa ke Jeti Kuala Kedah untuk diserahkan
kepada Jabatan Imigresen Kedah bagi proses selanjutnya mengikut prosedur
kemasukan ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
“Maritim Malaysia amat memandang serius terhadap isu pencerobohan di
seluruh perairan Malaysia, namun atas dasar kemanusiaan, pelarian
tersebut tetap diberi layanan baik dengan memberi makanan, minuman dan
perubatan,” kata Maritim Malaysia dalam satu kenyataan Maritim Wilayah
Utara. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan