THE MALAYSIAN TIMES
KUALA PILAH :
Watikah pelantikan calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya umum
ke-14 (PRU14) hanya sah jika ia ditandatangani Presidennya Datin Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail.
Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata
watikah pelantikan itu telah siap dan akan diumumkan pengerusi PH negeri
masing-masing tidak lama lagi.
“Kak Wan (Wan Azizah) kini menjadi orang penting kerana watikah calon perlukan tandatangannya. Saya sebagai Setiausaha Agung hanya mempersiapkan watikah sahaja.
“Jika tiada tandatangan daripada presiden, maka ia tidak sah,” katanya dalam ucapan pada ceramah Jelajah PH di Air Mawang, Johol dekat sini, malam tadi.
Ia turut dihadiri Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad, Wan Azizah, Naib Presiden PH yang juga Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
Saifudin Nasution berkata PH akan meletakkan calon parti itu di kesemua 222 kerusi Parlimen dengan menggunakan simbol PKR sahaja.
Dr Mahathir dalam ucapannya pula menyorot kisahnya yang disisihkan pemimpin UMNO hanya kerana ‘menegur kesalahan’ yang dilakukan mereka.
Malah dakwanya, tindakan keluar parti ketika pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dibuat akibat tindakannya yang cuba ‘menegur’ namun tidak diendahkan.
Terdahulu, keseluruhan ceramah berkenaan lebih menumpukan serangan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Institusi Kehakiman, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjadi sasaran kecaman. — BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan