HALAMAN SANTAI
Selasa, 3 April 2018
Polis tahan wanita Orang Asli tipu 70 pembeli rumah PR1MA
KUANTAN: Polis menahan seorang wanita Orang Asli yang dipercayai memperdayakan 70 mangsa dengan menawarkan perkhidmatan menguruskan proses pemilikan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang yang tidak wujud melibatkan kerugian RM84,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata mangsa berusia 41 tahun mengenali suspek berusia 31 tahun pada Jun tahun lepas yang kemudian menawarkan diri untuk menguruskan proses memiliki rumah PR1MA Pahang.
“Mangsa kemudian bersetuju menyerahkan wang pendahuluan RM1,200 kepada suspek tanpa sebarang dokumen. Suspek selepas itu meminta mangsa untuk mencari 70 lagi pembeli yang berminat dengan rumah tersebut.
“Terperdaya dengan perkara tersebut, mangsa kemudian mencari mereka yang berminat dan menyerahkan wang sebanyak RM84,000 hasil kutipan daripada semua mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun selepas serahan dilakukan, suspek gagal dihubungi menyebabkan mangsa membuat laporan polis setelah menyedari ditipu.
“Sebanyak 20 laporan polis diterima setakat ini dan berikutan itu serbuan dilakukan di kediaman suspek di Taman Tas Ria kira-kira 11 malam tadi,” katanya.
Suspek yang bekerja sebagai peniaga kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan