Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: PAS akan membuat penjelasan lebih lanjut berhubung
pendedahan yang dibuat presiden parti baru -baru ini bahawa ada usaha
untuk menghadkan kuasa Majlis Syura Ulama (MSU) oleh pimpinan yang kini
menganggotai Amanah.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi
Antarapos berkata, Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan akan
mewakili PAS untuk membuat penjelasan tersebut dalam masa terdekat.
"Kami ada bincang semalam dikalangan pimpinan tertinggi, Datuk Takiyuddin yang akan jelaskan perkara ini.
"Dia akan sebut perkara ini dalam satu kenyataan atau sidang media,
tetapi saya tidak pasti cara yang bagaimana, namun yang pasti dia yang
akan uruskan (perkara ini)," katanya ringkas.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lepas mendedahkan ada usaha
menghadkan kuasa MSU oleh pihak yang kini memimpin Amanah bagi
memperkukuhkan kerjasama dengan DAP.
Antara pemimpin PAS yang hadir ketika pendedahan itu dibuat adalah,
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Mursyidul Am PAS,
Hashim Jasin.
Ujar Hadi, pihak tidak bertanggungjawab itu cuba membuat pindaan ke
atas perlembagaan parti melalui sebuah jawatankuasa yang bernaung di
bawah Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS.
Beliau memberitahu pindaan yang cuba dibuat adalah agar MSU hanya
mempunyai kuasa menasihat bukannya sebagai pihak yang membuat keputusan
akhir dalam PAS.
Pihak tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun ditolak perwakilan PAS pada pemilihan parti ketiaka Muktamar PAS pada 2015.
Hadi bagaimanapun membuat komitmen untuk enggan mendedahkan siapakah pihak yang beliau maksudkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan