PULAU PINANG: Seramai tiga anggota polis bantuan yang berkhidmat untuk
syarikat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) menerima sijil penghargaan yang
disampaikan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan di ibu pejabat
polis kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Penghargaan itu diberikan susulan keberanian serta kejayaan mereka
menyelamatkan seorang wanita yang terjun dari jambatan tersebut
dipercayai akibat tekanan pagi semalam.
Selain sijil penghargaan, ketiga-tiga mereka iaitu Zaidi Salleh, 52;
Mohamad Fitri Abu Hasan dan Megat Taufik Megat Kamaruddin, 29, turut
menerima pujian daripada Thaiveegan yang berharap tindakan itu dicontohi
pihak lain.
Dalam kejadian itu, Zaidi menggadaikan nyawa apabila bertindak terjun
dari jambatan untuk menyelamatkan wanita terbabit setelah berbincang
dengan dua lagi rakannya yang turut bertugas ketika kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan