TPM janji kalau BN
menang, judi akan dihapuskan di kelantan. Wow! Janji yang sangat baik
sebab judi bukan hanya Islam kata haram, tapi semua manusia sejagat
mengakui keburukan kesan judi kepada individu, keluarga dan masyarakat.
Tapi soalnya masih adakah lagi premis judi berlesen di Kelantan? Dengan
kuasa terhad yang dimiliki sebuah kerajaan negeri, anak-anak Kelantan
yang lahir selepas tahun 1990 sebenarnya sudah tak kenal apa itu kedai
judi di Kelantan.
Setakat yang saya tahu dan pernah jumpa,
hanya kedai toto saja yang ada. Terutama di kawasan bebas cukai Rantau
Panjang dan Pengkalan Kubor. Ramai peniaga yang jual toto. Saya sangat
berharap agar toto ini tak dihapuskan. Kesian rakyat marhaen nak cari
makan samah serial. Magnum pun saya pernah jumpa. Kanak-kanak
memang sangat sukakan Magnum termasuk anak saya. Di kedai biasanya
Magnum disimpan dalam peti aiskrim. Sekali lagi saya berharap agar
Magnum ini tak diharamkan BN bila menang di Kelantan nanti!
Semua orang tahu lesen judi adalah kuasa
Kerajaan Pusat. Negeri Kelantan dengan Dasar Membangun Bersama Islam
hanya memanfaatkan kuasa kerajaan tempatan untuk meluluskan lesen premis
perniagaan. Kamu ada lesen judi yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.
Tapi nak berniaga di Kelantan, lesen premis bangunan perniagaan hak
kerajaan negeri. No more premis judi selepas PAS menang di Kelantan tahun 1990 dan Terengganu tahun 1999.
Soalnya sebab apa janji kalau BN menang
di Kelantan baru nak buat itu dan ini? Apakah kerana BN dah tak yakin
mereka mampu mengekalkan kuasa di Pusat? Atau mereka terlupa bahawa
selain dari Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, di negeri-negeri lain
mereka memegang teraju kuasa. Tak bolehkah apa yang mereka janji nak
buat di Kelantan, mereka buat dulu di negeri-negeri yang telah sedia di
tangan BN.
Inilah yang tuan puan perlu sedar bahawa
betapa istimewanya bila memilih PAS. Kita akan jadi anak emas yang
dijanjikan dengan bulan dan bintang. Padahal yang dah sedia mengundi BN
hanya biasa-biasa saja. Sebab itu kalau tuan puan berhajat nak dapat apa
yang sebelum ini tak diperolehi dari BN, undilah PAS! Wang Ehsan dan
Dana Khas Terengganu memang tak ada sebelum PAS menang di Terengganu.
Lepas PAS menang barulah ada. Untuk nak ambil balik negeri daripada PAS,
BN akan sanggup buat apa saja. Yang senyum akhirnya ialah rakyat. Sebab
itu takut apa nak undi PAS.
Kampung Tok Dor Luar di Jabi ialah salah
satu kubu kuat Umno. Selepas PRU 2013, kita telah berjaya menubuhkan
PAS Cawangan Tok Dor Luar. Bila PAS berjaya menubuhkan cawangan di
kampung ini, ramai penyokong PAS yang sebelum ini tak dapat duit hari
raya tiba-tiba dapat. Hairan juga mereka. Ingatkan lepas tubuh Cawangan
PAS akan lebih kena tekan. Rupanya lebih murah rezeki.
*DR AZMAN IBRAHIM, Ahli Jawatankuasa Kerja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan