Presiden PKR berkata satu jawatankuasa ditubuhkan untuk melihat kerusi yang akan beliau tandingi.
PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak menolak kemungkinan beliau akan melepaskan Permatang Pauh dan berpindah ke Parlimen Pandan.
“Suatu jawatankuasa ditubuhkan untuk lihat bagaimana dan dimanakah saya akan bertanding, termasuk kerusi Pandan,” katanya.
Terdahulu, sumber memberitahu pilihan raya akan datang menyaksikan penukaran kerusi yang ketara dalam kalangan pimpinan tertinggi PKR.
Mahkamah Sesyen Shah Alam 7 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi kerana didapati bersalah membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC) pada Mac 2012. Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah pula dikatakan akan mengambil alih kerusi tradisi bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari tangan Wan Azizah.
Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pencabar untuk Parlimen Permatang Pauh, iaitu Ketua Pemuda Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden, anak kepada bekas imam besar Masjid Negara Datuk Taib Azamudden Mohd Taib.
Hadi memberitahu pemberita keputusan ini menimbulkan nostalgia kerana Permatang Pauh “istimewa” buat PAS. Kerusi itu terlepas ke tangan Anwar pada 1982, yang ketika itu bersama Umno.
Wan Azizah ke Pandan, Azmin tanding di Ampang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan