HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 April 2018

MUNGKIN LOGO PKR TIDAK BOLEH GUNA- MAHATHIR




Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemungkinan akan membatalkan pencalonan calon pakatan itu daripada menggunakan logo PKR pada hari penamaan calon nanti.

Bagaimanapun jelas Mahathir, PH mempunyai ‘senjata rahsia’ yang akan digunakan sekiranya perkara itu berlaku, namun enggan mendedahkannya kepada umum.

“Memandangkan kepada pengalaman kita pada kerajaan ini, mungkin pada saat terakhir diisytiharkan tidak boleh pakai.

“SPR (sebelum ini) menyatakan bahawa tidak perlu mendapatkan kebenaran SPR (untuk guna logo PKR), kita pegang kepada itu tetapi janganlah SPR dan kerajaan ini pada saat terakhir di waktu kita nak menamakan calon tiba-tiba beri arahan bahawa tidak boleh pakai supaya kita tidak boleh bertanding dan Barisan Nasional (BN) boleh menang tanpa bertanding.

“(Namun jika benar berlaku) Kita ada beberapa idea tentang apa yang akan dilakukan tetapi sudah semestinya kita tidak boleh beritahu sebab kalau kita beritahu (Datuk Seri) Najib (Razak) akan tahu, jadi ini ialah senjata rahsia kami,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Petaling Jaya, pada Selasa.

Selepas kegagalan PH mendaftarkan sebagai sebuah gabungan parti, logo PKR telah dipersetujui mewakili keempat-empat parti kompenen PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Tiada ulasan: