Atiqah Ismail, Astro Awani
Wakil
pelajar USIM, Nazrul Nazir menjelaskan AUKU tidak semestinya dimansuhkan
tetapi boleh ditambah baik menerusi beberapa pindaan seksyen dalam akta
berkenaan.- Foto Facebook Nazrul Nazir
KUALA LUMPUR: Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 hanya perlu ditambah baik
dengan melakukan beberapa pindaan seksyen dalam akta berkenaan.
Menurut bekas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nazrul Nazir, AUKU tidak perlu dimansuhkan kerana yang mengekang kebebasan mahasiswa bersuara hanya membabitkan sebahagian daripada seksyen di dalam akta tersebut.
"AUKU tidak perlu dimansuhkan, hanya perlu dipinda sebahagian peruntukan yang bersifat mengekang suara dan kebebasan pelajar.
"Namun sekiranya kerajaan ingin memansuhkan akta ini dan diganti dengan akta baru yang lebih baik, mahasiswa menyambut baik usaha ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

"AUKU lebih berkaitan mengenai soal pentadbiran dan perjalanan universiti, tetapi ada sebahagian peruntukan yang bersifat mengekang kebebasan mahasiswa.
"Sebagai contoh, seksyen 15 melarang mahasiswa untuk terlibat dalam kegiatan politik, namun ia dilonggarkan selepas pindaan tahun 2015 menjadikan mahasiswa hanya boleh berpolitik di luar kampus sahaja.
"Bagaimanapun, mahasiswa yang memihak kepada pembangkang dikekang dari menjalankan aktiviti di luar kampus dan disekat apabila cuba menyampaikan ideanya di dalam kampus, berbeza dengan mahasiswa yang memihak kerajaan yang bebas untuk bersuara dan tidak disekat sebelum ini," jelasnya lagi.
Selain itu, Nazrul yang merupakan mahasiswa jurusan undang-undang memberitahu, sekiranya AUKU dimansuhkan, ia bakal membuka ruang lebih luas kepada anak muda untuk berbincang secara kritis soal dasar dan polisi kerajaan selain mengurangkan pengaruh politik dalam pentadbiran universiti.
AUKU diperkenalkan pada 1971 dan sebahagian peruntukan dalam akta tersebut terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Ia merangkumi penubuhan dan pentadbiran universiti serta kolej universiti awam dan hal yang berkaitan dengannya.
Jadikan universiti pusat percambahan pemikiran masyarakat - Hilman UKM4
Mahasiswa boleh berpolitik, namun jangan sampai dipergunakan - Idris
Tun Mahathir pertahan AUKU 1971
Tiada ulasan:
Catat Ulasan