Zaim Ibrahim, Astro Awani
Mohamad
Sabu ketika menerima penghormatan daripada Batalion Pertama oleh
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Dataran Wisma Pertahanan. - Astro
AWANI
Selain Yang di-Pertuan Agong dan Ketua-Ketua Negara, turut menerima penghormatan itu adalah Menteri Pertahanan yang baru dilantik, Mohamad Sabu.
Dalam sidang media pertama Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan hari ini, beliau mengakui gementar tetapi akan tetap memegang portfolio yang dianggapnya amat penting.
“Saya selalu hidup dengan rakyat, kini perlu terlalu ikut protokol, benda baharu. Saya kena membiasakan diri dengan `kehidupan baharu' ini tetapi tidak mahu ubah gaya Mat Sabu," kata beliau ketika memulakan tugas hari ini di Wisma Pertahanan, di ibu negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan