SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar negeri ini bagi penggal kedua.
Mohamed Azmin, 54, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini kira-kira pukul
3 petang tadi.
Hadir sama mengiringi baginda semasa istiadat itu ialah Tengku
Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda
Selangor, Tengku Amir Shah.
Mohamed Azmin dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor selepas PH
memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan memperoleh 51
majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan