Atiqah Ismail, Astro Awani
Sultan
Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah perkenankan majlis angkat
sumpah bagi Menteri Besar Johor bakal diadakan pada esok hari pada jam 3
petang. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengatakan siapakah yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor bakal terjawab tidak lama lagi.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan mengumumkan nama Menteri Besar (MB) Johor yang baharu sebelum majlis upacara angkat sumpah esok.
“Baginda telah berkenan untuk mengadakan majlis angkat sumpah bagi melantik Menteri Besar, esok.
“Tidak perlu saya sebutkan namanya kerana ia bakal terjawab sebelum majlis angkat sumpah berlangsung,” katanya.
Dalam pertemuan itu juga, Sultan Ibrahim sempat menyampaikan beberapa nasihat mengenai urus tadbir negeri Johor bagi memaksimumkan potensi negeri itu, sekali gus membangunkan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan