KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) telah melakukan siasatan
terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tidak akan membuka semula
kes itu kecuali ada bukti baru.
“Kami telah mengambil semua tindakan yang terlibat dalam entiti ini. Kami tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan lagi,” kata Gabnenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim yang dipetik sebagai berkata dalam sidang media hari ini.
Bagaimanapun, katanya, BNM sedang menunggu data yang lebih telus dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Jelasnya, maklumat itu akan digunakan dalam kes pemulangan dana-dana dari luar negara.
“Ia bukan bank pusat tetapi Jabatan Peguam Negara bertanggungjawab untuk menghubungi pihak berkuasa asing mengenai siasatan jenayah,” tambah Gabenor Banak Negara Malaysia. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan