THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR : Lebih 100
pengamal media tempatan dan asing berkumpul berhampiran kediaman
peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta
di sini, malam ini.
Ia berikutan 16 kenderaan polis bersama sebuah trak dilihat memasuki kediaman Najib pada kira-kira 9.30 malam tadi.
Tinjauan Bernama mendapati orang awam termasuk penduduk di sekitar kawasan taman perumahan itu turut berkumpul berhampiran laluan masuk ke kediaman Najib untuk merakam situasi berkenaan selain mendapatkan perkembangan terkini.
Keadaan itu menyebabkan kesesakan lebih 500 meter di laluan Jalan Taman Duta.
Sehingga 12.40 tengah malam ini, anggota dan pegawai polis masih berada di dalam kediaman bekas perdana menteri itu.
Sementara itu, tinjauan di sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan mendapati lebih 10 kenderaan polis dan puluhan anggota serta pegawai kanan polis Bukit Aman dilihat berada di sekitar lobi dan perkarangan kediaman tersebut.
Usaha Bernama untuk mendekati kawasan berkenaan gagal apabila beberapa anggota polis bertindak menghalang serta merampas telefon bimbit untuk memadamkan gambar yang dirakam ketika operasi itu dijalankan.
Bagaimanapun, sejurus gambar yang diambil wartawan dipadamkan, anggota polis terbabit memulangkan kembali telefon bimbit tersebut kepada pemiliknya.
Percubaan Bernama bagi menghubungi Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun turut gagal apabila tiada respons daripada panggilan dan pesanan yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.
Terdahulu, Najib menunaikan solat terawih di Masjid Kampung Baru sebelum pulang ke kediamannya kira-kira jam 9.50 malam, kira-kira 25 minit sebelum kediamannya dikunjungi rombongan polis terbabit.
Peguam Najib, Datuk Hasnal Rezua Merican, turut dilihat memasuki kediaman bekas Perdana Menteri, di Taman Duta bersama seorang wanita pada jam 11.05 malam, selain Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Pada masa sama, puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman kelihatan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, malam ini.
Sementara itu, Berita Harian memetik Pengarah jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, mengesahkan pihaknya melakukan pencarian dokumen di beberapa lokasi kediaman bekas Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan pencarian daripada aspek apa yang dilakukan polis.
“Saya boleh mengesahkan pasukan polis hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri untuk membuat pencarian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan