Sinar Harian
Anwar bersalaman dengan sebahagian penyokongnya pada majlis berbuka puasa di kediamannya di Segambut malam tadi. --fotoBERNAMA
Menurutnya, cukuplah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menerajuinya bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinan yang lain.
"Untuk jawatan? Saya tak mahu jawatan. Cukuplah jadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Elaun? Adalah menang kes mahkamah," katanya selepas majlis iftar di kediamannya di Bukit Segambut Dalam, di sini, malam tadi.
Beliau mendapat pengampunan penuh selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menitah perkenan rayuan pengampunannya dan akhirnya diberi pembebasan serta-merta selepas rayuan pengampunan dibentang dan dipertimbang dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ke-51.
Pada sidang media beliau pada Rabu, Anwar berkata "Dari penjara ke istana" bagi menggambarkan tuah dirinya yang mendapat pengampunan tanpa syarat dari Agong.
Pengampunan itu bermakna apa sahaja rekod kesalahan yang dicatat sebelum ini, terpadam tanpa ada secalit kesan pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan