Astro Awani
Menurut
Wan Azizah, pendirian itu menberi peluang kepada perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad memperbetulkan keadaan dan pentadbiran negara. - Foto
Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan ada hikmah di sebalik pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil alih jawatan perdana menteri secepat mungkin.
Menurut Wan Azizah, pendirian itu
menberi peluang kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
memperbetulkan keadaan dan pentadbiran negara.
"Ada hikmahnya dia (Anwar) tidak mengambil alih secepat mungkin.
"Ia memberi ruang dan peluang kepada Tun Dr Mahathir memperbetulkan apa yang berlaku sebelumnya.
"Dia pernah menjadi PM selama 22 tahun dan mengetahui selok-belok menangani masalah," kata Presiden PKR itu yang dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam Kabinet baharu yang dijangka ditubuhkan pada Isnin.

Wan Azizah berucap selepas mengadakan majlis berbuka puasa dan solat
terawih bersama NGO-NGO Islam di kediamannya di Segambut malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan