Ezam kemudian keluar PKR dan kembali menyertai Umno. Kebelakangan ini, beliau yang kini menjadi pengerusi Hisbah Centre for Reform kembali mendekatkan diri dengan parti itu.
Dalam ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Taman Medan malam tadi, Ezam mengisytiharkan sokongan penuhnya terhadap Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.
"saya hadir malam ini untuk memberi sokongan penuh kepada Azmi kerana saya mahu menjadi rakyat Selangor yang bertanggungjawab.
"Tugas kita adalah menyokong seorang menteri besar yang berkerja keras dan penuh komited.
"Jangan sokong menteri besar rasuah," katanya disambut sorakan kira-kira 1,000 hadirin.
Ceramah itu turut menampilkan Azmin serta calon HARAPAN bagi kerusi DUN Taman Medan, Seri Setia, Bukit Gasing dan kerusi Parlimen Petaling Jaya.
Namun Azmin hanya tiba di ceramah itu selepas Ezam selesai berucap dan beredar.
Dalam ucapannya, Ezam berkata selaku anak jati Selangor sudah menjadi tugasnya mempertahankan menteri besar sementara yang bersungguh-sungguh membangunkan negeri.
Beliau bagaimanapun mengakui terdapat perbezaan pandangan antara mereka berdua.
Menjadi penceramah pertama dalam progarm itu, Ezam mengimbas kembali kenangan menjadi antara pemimpin awal PKR yang melafazkan sumpah keramat di Taman Medan.
Dua puluh tahun berlalu sejak peristiwa itu dan malam ini Ezam kembali di pentas pembangkang.
Bekas anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof yang turut berucap turut mengimbas kenangan sama, bagaimana Taman Medan menjadi antara tempat bermulanya gerakan Reformasi.
"Anda semua ingat Ezam?" tanya Yusmadi dan dibalas sorakan hadirin.
"Perjuangan kita bermula di sini, di Taman Medan," kata Yusmadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan