HALAMAN SANTAI

Sabtu, 12 Mei 2018

Imigresen sahkan Najib, Rosmah disenarai hitam ke luar negara

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan kini telah disenarai hitamkan untuk ke luar negara.
 
Perkara itu disahkan oleh Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan yang turut memberitahu bahawa kedua-dua mereka baru disenarai hitamkan oleh imigresen.
 
"Jabatan Imigresen ingin mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor baru sahaja disenarai hitamkan dari keluar negara", katanya dalam laman rasmi Facebook Jabatan Imigresen di sini hari ini.
 
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang dilaporkan Utusan Malaysia mengesahakan bekas pemimpin negara dan isterinya tidak disenarai hitamkan ke luar negara.
 
Semalam tersebar laporan mengenai sebuah pesawat peribadi dari Indonesia akan membawa bekas pemimpin negara itu ke negara tersebut dari Lapangan Terbang Subang hari ini.
 
Laporan tersebut yang tidak dapat dipastikan kesahihannya telah menarik minat banyak pihak dan ada daripadanya menuduh pemimpin tersebut cuba melarikan diri ke luar negara selepas tewas mengejut dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
 

Tiada ulasan: