HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 Mei 2018

Istana Negara terima warkah makluman

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Istana Negara mengesahkan penerimaan dua dokumen untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri.
 
Dokumen pertama diterima pada jam 1.38 petang tadi oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, adalah warkah makluman ditandatangani ketua daripada beberapa parti politik untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh.
 
Nik Mohd Shafriman kemudian dimaklumkan menerima keputusan penuh PRU-14, mencakupi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada jam 2.45 petang.
 
Penerimaan dua dokumen berkenaan kini menanti perkenan Sultan Muhammad V bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.
 
 

Tiada ulasan: