HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Mei 2018

Jangan terpengaruh kajian sokongan BN merudum - Syed Ali

Oleh Umi Faten Nadia Ezhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mengingatkan ahli parti supaya tidak mudah terpengaruh dengan kajian pihak tertentu kononnya sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) akan merudum dan menyebabkan pertukaran kerajaan pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) ini.
 
Syed Ali juga berkata kajian yang dilakukan jelas secara tangkap muat oleh pihak berkepentingan dan mereka yang berada dalam blok pembangkang.
 
"Itu cuma sebahagian daripada perang saraf pembangkang, jangan khuatir, Umno dan BN tidak akan kecut (goyah) dengan kajian tersebut," tegas Syed Ali.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian dilakukan oleh satu badan bebas yang mendapati undi Melayu akan beralih kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU kali ini.
 
Syed Ali berkata kajian seumpama itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan merupakan taktik murahan menjelang PRU untuk melemahkan Umno.
 
Ahli Umno seharusnya tidak terkesan dengan kajian yang dilakukan, katanya.
 
"Kita juga boleh mengatakan kajian yang kita buat menunjukkan pembangkang terutama Pakatan Harapan dicemuh rakyat kerana janji mereka selama ini hanya kitar semula dan kosong belaka," ujarnya.
 
 

Tiada ulasan: