HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Mei 2018

Ahli Umno bersekongkol dengan pembangkang adalah pengkhianat - Syed Ali

Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Umno yang bersekongkol dengan pemimpin pembangkang adalah petualang perlu dihapuskan dari parti supaya tidak menjadi 'api dalam serkam', demikian menurut Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.
 
"Mereka yang bersekongkol atau melakukan sesuatu yang memberi keuntungan politik kepada pembangkang, bukan setakat hipokrit malah mereka adalah petualang yang mengkhianati parti," ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang melabelkan bekas menteri kabinet yang bersama-sama pemimpin pembangkang mengkritik kerajaan sebagai hikpokrit.
 
"Golongan petualang ini tidak harus dibiarkan kerana tindak-tanduk mereka seperti 'api dalam serkam' yang merosakkan Umno dari dalam," tambahnya.
 
Beliau menegaskan bahawa selagi seseorang itu masih ahli Umno maka mereka terikat dengan perlembagaan parti dan jika melanggar peraturan parti wajar dikenakan hukuman.
 
"Selagi seseorang itu ahli Umno sama ada bekas pemimpin atau menteri, mereka terikat dengan perlembagaan parti dan jika mereka dengan sengaja melanggar peraturan, maka mereka perlu dikenakan tindakan."
 
Syed Ali berpendapat bahawa apabila mereka cenderung kepada pembangkang bermakna mereka tidak menghormati Datuk Seri Najib Razak (sebagai presiden parti) dan sewajarnya mereka dipecat dan digantung keahlian.
 
"Kesimpulannya, bila mereka  secara tidak langsung sudah menentang presiden parti, maka sudah sewajarnya mereka dipecat atau digantung keahlian mereka," ujarnya.
 
 

Tiada ulasan: