KUALA LUMPUR: Lebih 560,000 penduduk serta pengusaha industrial kecil
dan sederhana di Balakong menderita dan terpaksa berdepan dengan krisis
air sejak 10 tahun lalu ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan PKR
Selangor.
Calon Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen Bangi, Datuk Liew Yuen
Keong berkata, ramai penduduk mulai bosan dan mengadu mengenai masalah
itu yang gagal ditangani kerajaan negeri sejak sekian lama sehingga
mengganggu urusan harian mereka.
Malah, paling membimbangkan, katanya, loji penyimpanan air di Batu 11,
Cheras juga menunjukkan tahap penyimpanan air pada kadar sifar.
Selain penduduk, menurut Yuen Keong, Balakong yang merupakan pusat
perusahaan kecil dan sederhana antara yang terbesar di Selangor turut
terkesan kerana operasi mereka sering terganggu.
“Krisis air yang berlaku di Balakong kerap kali berlaku dan kadangkala ia berpanjangan sehingga seminggu lamanya.
“Jika rakyat memberi mandat kepada BN, kami bersedia dan komited untuk
segera menangani masalah tersebut dengan bekerjasama bersama kerajaan
Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Pilihan Raya
Umum Ke-14 Kampung Baru Batu 11, Cheras di sini, Khamis.
Turut sama hadir ialah calon BN Dewan Undangan Negeri Balakong, Ir. Lim Chin Wah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan