KUALA LUMPUR: Pasaran kewangan mencatatkan keuntungan marginal di sebalik perubahan pertama kerajaan dalam tempoh 61 tahun.
Meskipun saham berkaitan BN menjunam, ini diimbangi oleh keuntungan
dalam saham milik personaliti yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan.
Pada mulanya, KLCI jatuh sebanyak 40 mata, tetapi kukuh semula 13 mata pada 9.30 pagi.
Ini memberi bayangan bahawa terdapat keyakinan terhadap langkah-langkah
baru Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad termasuk menubuhkan majlis
penasihat dan menjanjikan persekitaran yang mesra perniagaan..
Sehingga jam 10.30 pagi, Nestle dan BAT adalah antara syarikat yang
mendapat untung tertinggi. Nestle naik RM6 menjadi RM141.60 manakala BAT
naik RM3.80 menjadi RM26.50.
PPB Group - diasaskan oleh jutawan Robert Kwok - naik 84 sen menjadi RM20.
Kwok adalah antara mereka yang dilantik ke majlis penasihat untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur.
Opcom, yang CEOnya adalah Mokhzani Mahathir, naik 50 peratus dan kini berada pada tahap 90.5 sen.
George Kent adalah antara saham yang rugi di Bursa Malaysia. Tan Kay
Hock, yang mengetuai George Kent, dikenali sebagai "rakan golf" bekas
perdana menteri Najib Razak.
Saham lain yang jatuh termasuk Gamuda Bhd, Malaysia Airports Holdings
Bhd, MyEG Services Bhd, Axiata Group Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd.
Gamuda turun 78 sen kepada RM4.32 manakala MyEG merosot 77 sen kepada RM1.81.
Saham AirAsia Group Bhd juga jatuh sebanyak 10 peratus selepas di
sebalik CEO firma itu, Tony Fernandes memohon maaf kerana menyokong
Najib pada pilihan raya.
MyEG diketahui banyak mendapat pelbagai kontrak daripada kerajaan BN pada masa lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan