HALAMAN SANTAI

Isnin, 14 Mei 2018

KPN ucap tahniah pada Muhyiddin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri (KDN) yang baru.

 
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal komited dalam memikul amanah menjaga keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat.

 
“Malah PDRM akan turut berusaha dalam memartabatkan Kementerian Dalam Negeri dibawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 
Pelantikan Presiden PPBM itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sabtu lalu berikutan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
 

Tiada ulasan: