ALOR SETAR: ADUN Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengangkat sumpah
jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit, di sini,
sebentar tadi.
Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah mengangkat
sumpah taat setia jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan
Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum menandatangani watikah pelantikan.
Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah.
Kali pertama, beliau mengangkat sumpah ketika bersama Barisan Nasional
(BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pelantikan Mukhriz itu sekali gus menutup spekulasi mengenai calon
Menteri Besar Kedah, selain status PH yang diuar-uar berisiko dicabar
sekiranya PAS dan BN bergabung di negeri ini.
Pada PRU14, PH yang menggunakan logo PKR memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN, manakala PAS (15) dan BN (tiga).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan