PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak
berkata beliau bersedia membantu proses peralihan kuasa kepada kerajaan
Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru
memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.
Beliau berkata demikian menerusi Twitter semalam, dengan ucapan tahniah
kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-7.
“Baru mengucap tahniah kepada Tun Mahathir di atas pelantikan beliau
sebagai perdana menteri yang ke-7. Saya sanggup membantu peralihan kuasa
yang lancar,” tulisnya.
Status tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna internet yang
ternyata berpuas hati dengan keikhlasan beliau menawarkan bantuan dan
sokongan terhadap usaha peralihan kuasa.
Ramai yang mengucapkan terima kasih di samping ada yang mempersoalkan dan minta Najib berehat sahaja.
PRU14 dimenangani parti PH yang diketuai bekas perdana menteri ke-4, Dr Mahathir.
BN kecundang di tangan PH selepas 60 tahun parti itu memerintah negara.
Semalam, Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7 pada
kira-kira jam 10 malam sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan
Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan