HALAMAN SANTAI

Isnin, 14 Mei 2018

PH DIGESA KOTAKAN JANJI 100 HARI – BADRUL HISHAM




Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa melaksanakan pelbagai janji yang ditawarkan kepada rakyat di negara ini dalam tempoh 100 hari jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin berkata, antara janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu ialah memansuhkan GST, tol, undang-undang tertentu yang bermotifkan politik , kebebasan media serta menurunkan harga minyak dan diesel.

“Ucapan tahniah buat rakyat Malaysia kerana telah berjaya membuat perubahan besar melalui PRU-14.

“Untuk memahami dan mempraktikkan politik demokrasi Malaysia memerlukan lebih 60 tahun harapnya tidak sepanjang itu untuk rakyat bergerak ke fasa kedua untuk memahami dan mempraktikkan politik ideologi.

“Kepada yang memenangi PRU ke 14 ini, tahniah dan ini masa mengota janji khususnya janji 100 hari PH,” katanya kepada Watan Online pada Sabtu.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, kerajaan perlu menyelesaikan isu 1MDB dengan menangkap mereka yang terlibat serta membawa semua harta aset pulang.

Antara punca kejatuhan Najib Razak dan Barisan Nasional ialah amalan korupsi 1MDB maka sudah tentu desakan besar untuk melihat Najib dan semua yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.

“Ini masanya semua tuduhan dibuktikan dan paling penting semua hutang dan aset negara dikembalikan segera. Usaha memadamkan semua kes rompakan harus tidak dipersetujui.

Perjuangan perubahan ini sangat panjang dan banyak pengorbanannya. Amat mengharapkan perubahan ini bukan sekadar perubahan kosmetik namun punya keberanian untuk menulis semula dan mengangkat sejarah benar dalam negara.

“Watak selama ini dilupakan malah ada yang dicaci harus diangkat dengan benar peranan mereka. Isu perkauman dan isu pertembungan agama dilipat kemas diletak tepi sebagai pengajaran yang harus diingati. Negara ini harus melangkah meninggalkannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata isu rasuah, dan pentadbiran baik tetap menjadi cabaran ke depan.

“Saya tidak menarik satu pun pendedahan atau laporan korupsi yang pernah dibuat sejak 1998 hingga hari terakhir sebelum pengundian dan sangat mengharapkan kewujudan SPRM yang benar bebas dan adil mampu melaksanakan tanggungjawab,” katanya


Tiada ulasan: