Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebagai bermaruah.
“Tindakannya itu (melepaskan jawatan) adalah betul dan beliau sudah mengambil tanggungjawab atas kekalahan BN.
“Beliau juga sudah menerima hakikat bahawa kekalahan BN pada kali ini adalah kekalahannya dan tindakan itu tepat bagi memberi ruang BN bangkit semula,” katanya di Kangar, Sabtu malam.
Azlan berkata, kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan iktibar untuk parti itu menilai segala kelemahannya.
Azlan yang juga Timbalan Pengerusi BN Perlis berkata, parti harus bermuhasabah dan melihat kembali kesilapan yang mungkin sudah mereka lakukan.
“Ini adalah masa terbaik untuk kita menilai semula kelemahan parti, memperbaiki dan merancang strategi untuk meraih kembali kepercayaan rakyat.
“Kadang-kadang, ada beberapa perkara yang rakyat tidak suka tetapi kita melakukannya tanpa sedar.
“Oleh itu, kita perlu bermuhasabah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan