SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Johor sentiasa 'membuka pintu' kepada
mana-mana individu, termasuk ADUN Barisan Nasional (BN) yang mahu
menyertai pakatan itu.
Setiausaha PH Johor Datuk Osman Sapian walau bagaimanapun berkata,
tapisan akan dilaksanakan bagi menyelidik sama ada mereka benar-benar
taat dan setia kepada parti, bukan hanya kerana kepentingan peribadi
semata-mata.
"Kita tidak mahu orang diluar sana menganggap PH sebagai parti yang
boleh keluar masuk sesuka hati mereka," beliau berkata demikian,
mengulas berkenaan tiga ADUN BN yang menyertai BN, susulan kekalahannya
di negeri itu.
Tiga ADUN itu diketuai ADUN Sedili, Rasman Ithnain dan disertai ADUN
Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib.
Menurut Razman, tindakan tersebut dibuat demi kepentingan rakyat dan perpaduan Melayu.
Ini kerana jelasnya, dengan situasi BN sebagai pembangkang di Johor,
mereka tidak akan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Kami buat ini tujuan untuk perpaduan Melayu dan rakyat. Sebab itu
selepas ini nanti kami akan mohon untuk masuk Bersatu. Apa yang penting
untuk rakyat. Kami kena membela dan membantu rakyat. Kami sentiasa
membantu rakyat.
"Apa saya boleh buat dengan rakyat. Bagaimana nak bantu rakyat
sekarang, pengundi akan faham. Pengundi sokong kami kerana mahukan
perkhidmatan kami, bila waktu sekarang kami nak melangsungkan kehendak
rakyat bagaimana kami nak buat kerja," katanya dalam sidang media hari
ini.
Turut sama menyertai PPBM adalah kira-kira 40 ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kota Tinggi.
Dengan penyertaan tiga ADUN ini, DUN Johor menyaksikan kerajaan PH
negeri memiliki 39 kerusi berbanding BN 16 kerusi dan PAS 1 kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan