HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Mei 2018

PM lulus RM500,000 baik pulih padang sekolah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUNCAK ALAM: Peruntukan sebanyak RM500,000 diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaiktarafkan padang Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2.
 
Berita baik itu sempena Lawatan Kerja ke Klinik Desa Puncak Alam dan SK Puncak Alam 2 di Parlimen Kuala Selangor, hari ini.
 
Calon Parlimen Pekan itu juga turut memberi jaminan untuk melaksanakan projek pembinaan bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor dalam tempoh lima tahun akan datang, lapor Sinar Harian Online.
 
"Selain bangunan PPD, Hospital Perubatan UiTM Puncak Alam juga akan dilaksanakan kerana sejajar dengan misi transformasi negara," katanya kepada lebih 1,000 warga pendidik.
 
Hadir sama, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang juga calon Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
 
Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Ishak Haron, calon Dun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah, calon Dun Jeram, Zahar Azlan Arifin dan calon Dun Ijok, KR Parthiban.
 
 

Tiada ulasan: