Zaim Ibrahim, Astro Awani |
SHUKRI: Saksi kami dilarikan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Ketua
Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Seri
Shukri Abdull mengakui 'tidak gembira' untuk menjawat semula jawatan
tertinggi itu.
“Kalau wartawan tanya adakah saya gembira untuk menerima jawatan itu, saya tidak gembira.
“Tetapi saya lakukan ini atas tanggungjawab saya demi negara,” kata beliau dalam sidang media pertamanya di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Sementera itu, beliau mendedahkan bahawa dirinya 'hampir mati' ketika menjalankan siasatan mengenai SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohd Shukri merupakan individu yang melengkapkan dua kertas siasatan berkaitan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Dalam siasatan itu, lebih 100 saksi diambil keterangan biarpun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.
Pada 3 Oktober 2016, beliau memilih untuk bersara wajib dan jawatannya digalas oleh Datuk Seri Azam Baki.
Ketika di majlis persaraannya, beliau yang telah berkhidmat bersama SPRM selama 32 tahun pernah diugut dengan peluru hidup, diperangkap dengan dadah, dan diserang penyakit misteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan