HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 Mei 2018

Sultan Johor mahu PM baru segera dilantik

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap Istana Negara dapat memastikan perdana menteri baru dilantik ke jawatan itu hari ini juga.
 
“Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta-merta dan jangan berbuang masa lagi.
 
“Dan saya harap Istana Negara ini hari juga melantik perdana menteri yang baru kerana ini adalah kepentingan rakyat bukan kepentingan saya ataupun individu,” titah baginda.
 
Baginda adalah anggota Majlis Raja-raja Melayu.
 
Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu beliau tidak dapat mengangkat sumpah jawatan tertinggi itu kerana berlaku “kekeliruan” mengenai status PH berikutan kemenangan parti-parti komponennya semalam.
 
PH memenangi  majoriti kerusi-kerusi Parlimen namun gabungan itu yang merangkumi PKR, DAP, PPBM dan Amanah bukan parti berdaftar seperti Barisan Nasional (BN).
 
Di Semenanjung, calon-calon empat parti itu bertanding di atas tiket PKR manakala DAP menggunakan logonya sendiri di Sabah dan Sarawak.
 
Berasaskan keputusan semalam, PH menerusi PKR memenangi 104 kerusi Parlimen manakala sekutunya Warisan menang sembilan kerusi dan DAP di Sabah dan Sarawak memperolehi sembilan kerusi.
 
BN memenangi 79 kerusi Parlimen, manakala PAS meraih 18 kerusi, Parti Solidariti Tanah Airku di Sabah (1) dan calon bebas tiga kerusi.
 
 

Tiada ulasan: